Wednesday 5 October 2011

Intro - Pengenalan


Nak tahu bagaimana batuk kronik Dr. Mahathir hilang? Anda juga boleh melakukannya dalam masa 7 HARI!

Khazanah Yang Tersembunyi
Lignosus rhinoceros (atau lebih dikenali sebagai Cendawan Susu Rimau, atau Tiger Milk Mushroom TMM) telah lama digunakan dalam perubatan tradisional sejak tahun 1664. Menurut cerita orang lama, susu dari ibu harimau yang sedang menyusukan anaknya yang tertitis/tertumpah di atas tanah telah menyebabkan cendawan ini tumbuh. TMM kebiasaannya hanya dijumpai secara individual dengan jarak radius antara satu sama lain melebihi beberapa kilometer di hutan tropical di Cina Selatan, Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina, Papua New Guinea dan Australia. Ubi (sclerotium) yang tertanam di bawah tanah itulah yang mengandungi khasiat perubatan. Malangnya, ubi ini biasanya akan berada di bawah tanah untuk satu tempoh yang agak panjang; berbulan-bulan, bertahun-tahun, malah hingga berdekad lamanya. Cendawan ini hanya akan tumbuh keluar dari tanah apabila keadaan persekitarannya menjadi sesuai untuknya. Disebabkan ubi cendawan ini hanya akan diketahui apabila ia tumbuh keluar, pencarian dan pengumpulan cendawan ini merupakan satu misi sukar dan terhad. Ini menjadikan TMM cendawan yang jarang dijumpai, unik dan sangat berharga.
Ubi cendawan ataupun dipanggil sclerotia. (Gambar hak milik LiGNO Biotech Sdn. Bhd (Dr.Tan Chong Seng)

Membongkar Khazanah Negara!
Dengan matlamat untuk membongkar khazanah Negara ini, LiGNOtm BIOTECH SDN BHD telah berjaya membangunkan teknologi sendiri untuk menanam cendawan susu harimau dalam skala komersil. Kapsul LiGNOtm Tiger Milk Mushroom mengandungi 100% serbuk TMM sclerotia (ubi) yang telah disejuk-kering (freeze-dried). TMM digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati lelah, barah dan menguatkan sistem pertahanan badan.

Pengguna yang digalakkan untuk mencuba
-          Pesakit lelah atau sesiapa yang mungkin mengalami simtom lelah.
-          Batuk kronik yang kerap
-          Yang mengalami alahan

Bukti saintifik menunjukkan TMM

Menguatkan sistem pertahanan badan – polisakarida (polysaccharides) cendawan merangsang penghasilan sel pertahanan manusia yang akan menjadi pencetus kepada beberapa tindak balas sistem pertahanan badan.

Mengurangkan lelah/simptom alahan – lelah atau simtom alahan kebanyakannya berkaitan dengan keradangan teruk (berterusan/jangka panjang) di sesetengah bahagian badan. TMM mempunyai ciri anti-radang (anti-inflammatory) yang mampu mengurangkan simtom-simtom ini.

Testimonial Pengguna
Merujuk kepada majalah cendawan makanan Cina TMM merupakan salah satu daripada 10 cendawan yang tidak diterokai tetapi berpontensi tinggi. Ubi (sclerotium) TMM telah dibuktikan berkesan untuk merawat simtom/masalah yang berkaitan keradangan.

Pesakit lelah
Mengurangkan penggunaan ‘inhaler’, pernafasan semakin baik
Tempoh pemulihan selepas serangan lelah berkurang
Serangan lelah semakin berkurang berlaku

Batuk teruk
Berjaya menyembuhkan sakit batuk yang kritikal, kronik yang tidak berjaya disembuhkan menggunakan cara lain

Resdung
Mengurangkan masalah resdung (samaada disebabkan sejuk atau alahan)
Pernafasan semakin baik

Masalah sendi
Sakit sendi semakin kurang (disebabkan demam denggi selepas 1 minggu menggunakan TMM
Melegakan sakit sendi bagi warga emas

Pesakit masalah paru-paru
Mengurangkan kahak
Pernafasan semakin baik
Semakin cergas dan peningkatan stamina

Sedikit Fakta Mengenai Kawalan Kualiti Produk: Pengesahan ID
Ketulenan LiGNOtm Tiger Milk Mushroom (TMM) dipastikan dengan menggunakan ujian PCR yang berkemampuan untuk mengesahkan secara terperinci cendawan yang ditanam tetap sama dengan Cendawan Susu Harimau asli yang dijumpai di habitat semula jadinya.
Ujian pengesahan menggunakan PCR ini merupakan salah satu langkah kawalan kualiti milik LiGNO yang sangat penting dalam memastikan hanya kultur asli TMM digunakan dalam setiap kumpulan tanaman.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 So, that is the translation of the brochure above. Feel free to contact me here or via email if you are interested to know more about Cendawan Susu Rimau aka Tiger Milk Mushroom (TMM) and want to get a hand on it.

Danial LiGNO Biotech
danial@ligno.com.my

3 comments:

Tupai Karan said...

wah member aku sorang ni jadi usahawan dah.. semoga berjaya.. rajin2 pomot :)

Danial LiGNO said...

hehe, yang ni part time je, masih lagi kena tanam cendawan ni. sekadar menolong company untuk promote produk. kalau nak cuba habaq mai la noo. =)

Anonymous said...

1 kotak dlm poster tu brapa biji kapsul? Brapa ringgit? Kos penghataran macam mana ye?..